Azman & Lieza

By: azman lieza

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[Archive]
Sunday, 23-Dec-2007 15:00 Email | Share | | Bookmark
Bowling Di DY Bowl (The Strore) Port Dickson

Pada 23 Disember 2007, saya bersama keluarga dan adik ipar (Syela dan Siti) melepaskan gian bermain bowling di DY Bowl di The Store Port Dickson....dah lama la juga tak main bowling ni...banyak juga bola yang jatuh longkang dari yang kena pin...tapi tak da yang ke belakang la..kami main 2 set aje pada hari tu...lenguh ibu jari tangan kanan di buatnya....lepas ni kena main selalu la...


Sunday, 16-Dec-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Lawatan Ke A Famosa Melaka

Pada 16 Disember 2007, saya serta keluarga, mak dan ayah mertua, kak Yong dan anak (Nazrin,Najihah), dan adik Wan telah pergi ke Kota A Famosa. Pada awalnya hendak melawat adik Yon di Tmn Sri Kandang, Melaka. Alang2 dah mai sini singgah la sekejap..bayak juga perubahan bandar Melaka ni. Saya dulu pernah keje kat sini (1995-1999) di Kem Sg.Udang. Banyak bangunan sudah di dirikan di Kawasan Melaka Raya dan jalan pula banyak one way. Semasa mendaki bukit A Famosa ni berpeluh juga la..injin lamakan..ramai juga org hari ni..parking pun penuh, kena pusing 2-3 pusingan baru dapat parking. Hampir 2 jam juga kami kat sini, jam dah hampir pukul 7 mlm. Kami pun teruskan perjalanan pulang ke PD. Kami singgah sebentar kat Pengkalan Balak, hajat nak kena ikan bakar tapi ramai pula org mlm ni (gaji dah keluarkan) Hampir pukul 9 mlm baru kami sampai ke rumah (Tmn Politeknik). Hai esok keje lagi
hai gambar tak leh nak masuk pulak (pending)...


Saturday, 15-Sep-2007 23:40 Email | Share | | Bookmark
Majlis Reunion X-AFATS 25

Mesyuarat
Mesyuarat
Majlis BBQ
View all 6 photos...
Majlis : Reunion X-AFATS 25
Lokasi : Hotel Mayangsari, Resort Port Dickson, Negeri Sembilan
Tarikh : 18-19 Ogos 2007

Majlis tersebut diadakan untuk menjejak semula bekas pelajar Sekolah Pertukangan Perantis Tentera Darat (SPPTD) Intake 25. Alhamdulillah seramai 64 orang daripada 107 orang telah berjaya didaftarkan pada website http://x-afats25.tripod.com. Pada majlis tersebut seramai 38 orang telah dapat menghadirkan diri. InsyaAllah pada tahun hadapan akan diadakan reunion ke-2.


[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net